Followers

Sunday, June 4, 2017

Jalal Bomb Prank

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video yang turut menjadi viral akhir-akhir ini, video ini amat popular di youtube sehinggakan ia menjadi trending sejak akhir-akhir ini, Video mengisahkan seorang lelaki yang suka mengenakan orang dengan menggunakan helah dan ancaman palsu kepada orang ramai.

SC pun hairan adakah di negara mereka tiada undang-undang bagi melarang membuat video-video berupa ancaman bom palsu. Adakah negara di mana mereka tinggal tidak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penerbitan video yang berupa ancaman bom palsu ini kepada orang ramai. 

Tidakkah ia akan membahayakan nyawa orang ramai, cuba bayangkan kalau ada satu ancaman bom sebenar tetapi ia disangka hanyalah satu gurauan, sudah pasti mereka yang berhampiran dengan bom itu tidak akan melarikan diri kerana menyangka ianya adalah ancaman bom palsu, ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan tercedera mahupun terbunuh kerana menyangka bom sebenar itu bom palsu. 

Mungkin ada yang mengatakan itu adalah sebahagian kreativiti seseorang itu untuk menghiburkan orang ramai, tapi bagi SC ianya sesuatu yang tidak patut berlaku kerana kreativiti tidak semestinya kita perlu membahayakan nyawa seseorang.

Thursday, June 1, 2017

BoBoiBoy Galaxy Eoisod 1

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah animasi tempatan yang diminati ramai. SC mengambil keputusan untuk berkongsi siri animasi ini kerana SC ingin memberi sokongan kepada industri animasi tempatan agar ia terus berkembang dan mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi daripada hollywood .

Animasi yang SC maksudkan ialah BoBoiBoy Galaxy, SC merasakan jalan cerita dan watak-watak yang dimuatkan di dalam animasi ini sememanya menarik tambahan pula ia adalah animasi tempatan. Bagi menyahut seruan kerajaan di dalam menyokong barangan buatan Malaysia jadi tiada salahnya jika kita memilih untuk menonton animasi ini. 

Pada kali ini SC akan berkongsi Video Animasi BoboiBoy Galaxy Episod 1 sebagai permulaan khas untuk pembaca-pembaca setia blog SC ini. Namun, terlebih dahulu SC bukanlah pemegang hak cipta untuk animasi ini, tujuan SC berkongsi siri animasi ini ialah lebih kepada untuk mempromosi produk animasi tempatan agar industri animasi kita terus berkembang pesat.

Dalam pada itu, SC berharap terus ramai syarikat-syarikat tempatan akan menunjukkan minat untuk menghasilkan lebih banyak animasi tempatan yang berkualiti antarabangsa dan setanding dengan animasi-animasi yang diimport daripada hollywood.

SC juga berharap di satu masa nanti, Malaysia akan menjadi negara pengeluar animasi yang terbesar asia dan mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Jepun dan lain-lain negara yang terkenal dengan penerbitan animasi yang diminati ramai. 

Tuesday, May 30, 2017

PROMOSI SELIPAR RAYA RM50 SEPASANG SAHAJA




Kini kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak, habis sahaja bulan ini kita sebagai Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana hari raya yang lepas-lepas kita akan membeli belah pakaian baru untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri ini.
SC pada artikel kali ini ingin membuat tawaran khas kepada semua pembaca-baca setia blog SC ini, tawaran yang SC maksudkan ialah Selipar Raya yang mempunyai warna-warna yang menarik pada harga mampu milik. 

Harga yang ditawarkan hanyalah RM50 sepasang tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran sila tambah RM10. Selipar raya tersebut adalah sepertimana gambar-gambar yang SC selitkan di dalam artikel SC ini. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi En Hairi di talian 019-7873779.

Pembayaran menggunakan maybank2u turut diterima. Namun, tempahan perlulah dibuat dengan membuat panggilan telefon / whatsapp kepada 019 7873779. Bagi yang berminat untuk membuat pembelian secara borong bolehlah menghubungi talian 0197873779 harga istimewa untuk mereka yang berminat membeli secara borong. 

Jadi apa tunggu lagi bertindaklah sekarang, tempahlah sekarang sebelum kehabisan stok, dimaklumkan bahawa stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat jadi jangan tunggu lama-lama nanti lama-nanti ia diambil orang. 

Saturday, May 27, 2017

Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian

TERLEBIH dahulu SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi SC. Hari ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog ini satu Pakej Percutian Bajet di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Pakej Percutian Bajet ini adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara kita. Pakej Percutian bajet ini merupakan pilihan terbaik kepada mereka-mereka yang ingin bercuti pada kadar harga Bajet. Pakej ini begitu lebih ekonomi daripada pakej-pakej yang lain. 









MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ INI ADALAH SEPERTIMANA BERIKUT:

3 Hari 2 Malam Pulau Perhentian

Pakej Termasuk:-

Bot Pergi dan Balik
Penginapan
Makan
Snorkeling

Harga Pakej Ditawarkan RM 300 / pax

Tempahan Pakej Dibuka Sekarang
Bermula Hari Raya Kedua Aidilfitri Hingga Akhir Musim 2017

SILA HUBUNGI HAIRI DI TALIAN  019 7873779 UNTUK TEMPAHAN
DEPOSIT HARGA PENUH DIPERLUKAN, TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DILAYAN.

Friday, April 15, 2016

CDM Maybank Terima Not RM1 dan RM5

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan Mesin Deposit Tunai atau dalam Bahasa Inggerisnya Cash Deposit Machine (CDM) terbaru yang ditawarkan oleh pihak Maybank untuk keselesaaan pelangganya. CDM ini merupakan penambahbaikkan yang telah dibuat Maybank bagi memudahkan pelanggan-pelangganya. 

Pengenalan perkhidmatan ini memberikan satu kelebihan buat Maybank di mana ianya tidak ditawarkan oleh bank-bank lain. Lazimnya CDM bank-bank lain hanya menerima NOT RM10, RM20, RM50 dan RM100 sahaja. Dengan adanya CDM ini pelanggan mempunyai pilihan untuk samaada menggunakan perkhidmatan kaunter untuk mendeposit Duit RM1 dan RM5 ataupun mereka yang ingin cepat menyelesaikan urusan perbankkan bolehlah menggunakan perkhidmatan layan diri ini. 

SC ingin mencadangkan kepada bank-bank lain supaya turut memperkenalkan mesin deposit tunai yang menerima not RM1 dan RM5, secara tidak langsung ia mampu menggalakkan rakyat negara ini menabung demi kesejahteraan di masa depan. SC mengucapkan tahniah kepada Maybank kerana menawarkan perkhidmatan ini untuk pelanggan-pelangganya.

Sebelum ini pelanggan akan terpaksa berurusan di kaunter perkhidmatan perbankkan yang mengambil masa yang lama bagi membolehkan urusan deposit wang mereka selesai terutamanya di hari-hari pihak bank yang terpaksa melayan kunjungan ramai pelangganya seperti di awal minggu dan juga dihujung minggu. 

Wednesday, April 13, 2016

Hujan Turunlah Engkau

Hujan Turunlah Engkau

Bahang Mentari akhir-akhir ini begitu panas
Kata sarjana ia adalah satu fenomena
Fenomena yang dipanggil fenomena El- Nino hari-hari bumi ini panas
Tiada hujan membasahi bumi, semua makhluk merana

Ya Allah kami memohon kepadamu
Turunkanlah Hujan Rahmat agar kepanasan bumi dapat dikurangkan
Ya Allah kami berserah padamu
Kami hanyalah insan biasa yang tak lekang melakukan kesalahan

Hujan turunlah engkau membasahi bumi
Bumi ternyata dahagakan airmu wahai hujan
Tanah di permukaan bumi kering-kontang tanpa disirami
Ya Allah hambamu ini sudah tidak mampu menahan ujian yang kau berikan

Hutan terbakar di sana-sini
Asap berbahaya terus menyelubungi bumi ciptaan tuhan seru sekian alam.
Turunlah engkau wahai hujan membasahi bumi ini
Agar bumi tidak terus kelam

Wednesday, April 6, 2016

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG


SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini. 



Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti 'hiking' di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara. 


Sebenarnya aktiviti 'hiking' di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang 'hiking' di Bukit Keluang. 

SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba 'meletup' dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk 'hiking' di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut.