Followers

Friday, December 31, 2010

2010 Bakal Pergi


CUMA tinggal kurang beberapa jam lagi tahun 2010 akan mengakhiri kalendarnya. Kurang beberapa jam lagi 2011 bakal menjelma. Itulah kehidupan di dunia ini setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang pangkal akan diakhiri penghujung.

Hari ini SC nak bercerita mengenai suka duka tahun 2010 sebagai penutup tirai 2010, di hari yang terakhir 2010 ini. Dalam tahun 2010 macam-macam perkara yang suka dan duka terjadi di negara kita dan yang ada kaitan dengan negara kita.

Tahun 2010 ini juga menyaksikan bahawa peningkatan prestasi cabang-cabang sukan yang disertai oleh negara kita. Ini mungkin mengembirakan kita semua selaku rakyat Malaysia negara yang menjadi tanah tumpahnya darahku.

2010 juga menyaksikan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki dan membawa kepada gelaran Gergasi Bola Sepak Asia Tenggara. Sudah sekian lama prestasi pasukan bola sepak negara kita sebelum ini tidak membanggakan kita dan akhirnya kini kita sudah bergelar juara.

SC berharap agar prestasi skuad Malaysia terus meningkat dan meningkat lagi. Majulah sukan untuk negara dengan harapan tahun 2011 akan membawa sinar yang lebih gemilang kepada skuad negara kita.

Apa yang menjadi duka di dalam 2010 ini ialah beberapa kemalangan ngeri yang berlaku dan melibatkan bas-bas dua tingkat sedikit sebanyak membuatkan kita sedih mengenangkan nasib-nasib yang perlu di alami oleh keluarga-keluarga yang terbabit di dalam kemalangan tersebut.

2010 juga kita menyaksikan warna-warni politik tanah air kita yang semakin bewarna-warni dan dipenuhi dengan aneka ragam. Macam-macam isu politik yang timbul sepanjang 2010 ini. Itulah SC sendiri pening memikirkan politik negara kita ini.

SC percaya ramai yang diluar sana telah membuat azam tahun baru, sepertimana yang kebiasaan manusia-manusia lain buat setiap kali kedatangan tahun baru walaupun azam tahun 2010 pun masih belum tertunai.

SC: Azam SC pada tahun 2011 ialah untuk menjadi sebuah blog yang popular dan ramai bilangan pembaca setianya. SC akan berusaha untuk mendapatkanya.
Enhanced by Zemanta

Friday, December 24, 2010

Al-Kisah Sembang Cerita

HARI INI SC nak bercerita mengenai sejarah bagaimana blog Sembang Cerita ditubuhkan. Walaupun blog Sembang Cerita ini kelihatan baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya sudah lama blog ini ditubuhkan tetapi ia tidak menggunakan nama Sembang Cerita.

Dulunya blog ini dikenali dengan nama JomBersembang, namun atas sebab-sebab teknikal penjenamaan semula terhadap blog JomBersembang terpaksa dilakukan. Oleh sebab-sebab teknikal juga artikel-artikel yang ada di dalam JomBersembang tidak dapat diselamatkan lagi.

Daripada JomBersembang kini blog ini telah dikenali dengan nama Sembang Cerita, tetapi apa-pun nama yang diberi tak kiralah Sembang Cerita mahupun JomBersembang janji kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anda pembaca setia kami.

Kepada yang masih belum mengemaskini bookmark anda jangan lupa kemaskini menggunakan alamat blog Sembang Cerita kerana JomBersembang sudah tidak lagi wujud selepas penjenamaan semula dilakukan.

SC:
SC berjanji untuk terus menjadi blog yang terbaik di antara yang terbaik dan terus menjadi medium hiburan dan informasi kepada pembaca setia.

Thursday, December 23, 2010

Mari Doakan Kejayaan Skuad Malaysia


HARI INI SC ingin bercakap mengenai sukan bola sepak, sepertimana yang kita semua tahu Skuad Bola Sepak Kebangsaan Negara kita telah pun berjaya menempah tempat ke Final Piala AFF Suzuki, sebagai rakyat Malaysia SC tumpang berbangga mengenainya.

Namun, bagi SC mungkin terlalu awal kita hendak memuji skuad kebangsaan kita jadi apa yang terbaik adalah bersama-sama kita doakan kejayaan skuad kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki.

Sekiranya Malaysia berjaya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki, SC akan rasa gembira denganya, SC rasa bukan sahaja SC yang gembira malah seluruh rakyat Malaysia daripada seluruh pelusuk Malaysia juga akan bergembira denganya.

Malah kejayaan itu merupakan satu pencapaian terbaik selepas mutu skuad bola sepak kebangsaan semakin merosot beberapa tahun yang lalu. Kedudukan skuad bola sepak negara kita dalam ranking dunia juga terjejas beberapa tahun lalu, mungkin dengan kemenangan ini boleh memperbaiki sedikit kedudukan ranking dunia skuad bola sepak negara kita.

SC: SC sentiasa doakan yang terbaik buat rakyat Malaysia, semoga skuad Malaysia berjaya di Piala AFF Suzuki.

Wednesday, December 22, 2010

Bayi Menari

HARI INI SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah video yang menayangkan gelagat bayi yang berbakat besar menari. Anggaplah video ini sebagai hiburang untuk korang semua ikhlas dari SC untuk korang.

SC akan meneruskan sepertimana blog JomBersembang dahulu yakni berkongsi apa yang dirasakan terbaik buat pembaca setia blog SC. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca setia blog SC.

Di dalam video ini apa yang SC dapat lihat, bakat yang ditunjukkan oleh bayi-bayi dalam video ini sememangnya mengagumkan, walaupun sukar dipastikan keaslian video tersebut namun ia sesuatu yang menarik dan haruslah SC berkongsi dengan korang semua.

Di kesempatan ini SC ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog JomBersembang kerana terutamanya yang beralih arah dan menukar haluan dengan terus menjadi pembaca setia blog SC.

SC: Bakat yang sukar dicari, dan dipercayai tetapi ada pada bayi.

Monday, December 20, 2010

Bertolak......

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, yang sentiasa merancang untuk melakukan program-program sekiranya ada kelapangan masa. Ikuti perbualan mereka.

Zaid: Kau nak pergi tak Bukit Jalil tengok Malaysia main bola Final Piala AFF Suzuki?

Kamil: Boleh juga, bila tu kau nak pergi?

Zaid: Pagi esok kita bertolak dalam pukul 6 pagi, boleh tak?

Kamil: Aku on je.

Keesokan paginya Kamil pun pergi ke rumah Zaid untuk bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum mereka bertolak, sempat juga mereka berdua berbual-bual:

Zaid: baguslah kau tiba tepat pada waktunya

Kamil: Macam kau tak tau aku kalau berjanji mesti tepati.

Zaid: Ok lah jangan berlengah lagi marilah kita bertolak

Kamil: Ok, jomlah

Zaid kelihatan tergaman apabila melihat Kamil menolak keretanya, oleh kerana mahukan kepastian Zaid bertanyakan kepada kamil kenapa dia menolak kereta tersebut.

Zaid: Yang kau tolak, kereta tu apa pasal??

Kamil: Semalam ko kata, pukul 6 kita nak bertolak, jadi sekarang dah pukul 6 jadi aku tolak lah kereta ni.

Zaid: La aku bukanya suruh kau tolak kereta ni pukul 6, tapi kita nak pergi ke Kuala Lumpur pukul 6. Apalah bangang sangat kau ni.

Kelihatan Kamil tersipu-sipu malu.

Saturday, December 18, 2010

Makan Gulai

Kisah ni berlaku di satu tempat di negeri Kelantan di dalam daerah Kota Bharu. Alkisahnya Mamat mengajak MJ untuk pergi ke tempat makan gulai (kenduri). Ikutilah perbualan mereka berdua.

Mamat: MJ Kau tak dapat ke undangan Makan Gulai daripada Pak Hamid?

MJ: Dapat, kau dapat tak?

Mamat: Ooo Molek benar lah tu, aku pun dapat juga boleh lah kita pergi bersama.

Mereka pun berjalan seiringan untuk menghandiri Majlis Makan Gulai bagi memenuhi undangan yang telah diberikan oleh Pak Hamid. Setelah beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka tiba di rumah Pak Hamid. MJ tanpa membuang masa menceduk gulai dan meletakkan dalam pinggan, tetapi nasi tidak pula diambil MJ ia membuatkan Mamat merasa kehairanan dengan sikap yang ditunjukkan oleh MJ lalu bertanya kepada MJ:

Mamat: Apa pasal ko tak ambik nasi, aku tengok ko ambik gulai je banyak pulak tu?

MJ: Habis orang ajak makan gulai dia tak cakap pun makan nasi dengan gulai, jadi aku ambik gulai sahajalah.

Mamat: Hampeh betul kawan aku ni (dalam hati)

SC: Ini baru betul kalau kita nak panggil makan gulai, ini tak jemput makan gulai tapi sampai kat sana nasi pun makan juga. Semoga korang terhibur.
Enhanced by Zemanta

Selamat Datang Ke Blog Sembang Cerita

ARTIKEL kali ini merupakan edisi pengenalan Blog Sembang Cerita, terima kasih kepada pelawat-pelawat yang baru mahupun yang lama melawati blog ini. Terlebih dahulu SC terangkan di sini bahawa blog ini dibuka untuk menggantikan blog JomBersembang atau dengan istilah yang lebih kompleks blog ini lahir hasil daripada penjenamaan semula blog JomBersembang.

SC ingin tegaskan di sini bahawa, penyiaran blog JomBersembang terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana timbulnya beberapa masalah teknikal yang akan mengganggu kedudukan blog JomBersembang dan juga pemiliknya.

Walaupun JomBersembang sudah bertukar kepada Sembang Cerita, namun SC tetap akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebagai blog pelbagai guna dan akan memberi ilmu yang berguna kepada pelawat-pelawat yang setia.

Dalam masa yang sama, SC akan berusaha untuk menjadikan blog SC ini menjadi sama popularnya dengan blog JomBersembang tidak lama dahulu.

SC: "Patah tumbuh hilang berganti" Tak kiralah JomBersembang ke Sembang Cerita ke.....janji ia amat berguna pada kita. Sekian, Salam 1Malaysia.