Followers

Saturday, December 7, 2013

Ducati Monster 796

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua maklumat mengenai sebuah motosikal berkuasa tinggi keluaran Ducati. Motosikal tersebut ialah Ducati Monster 796. Mungkin maklumat ini berguna terutamanya kepada peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi di tanah air.

Antara ciri-ciri spesifikasi Ducati Monster 796 ialah:

Type
L-Twin cylinder, 2 valve per cylinder Desmodromic, air cooled

Displacement
803cc

Bore x Stroke
88 x 66 mm

Compression ratio
11:1

Power
64 kW (87 hp) @ 8,250 rpm

Torque
78 Nm (58 lb-ft) @ 6,250 rpm


Technical data referring to power and torque was measured on an engine test stand at Ducati.

Fuel injection
Electronic fuel injection, 45mm throttle body

Exhaust
Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter with twin lambda probes

Aku Yang Dulu Versi Kelantan

OLEH kerana SC sudah lama tidak mengemaskini blog milik SC ini, hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua terutamanya pembaca setia blog ini satu lagu istimewa khas buat semua penyokong setia SC walau di mana jua mereka berada.

Masihkah anda semua ingat tentang lagu Aku Yang Dulu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang dahulunya pengemis sekarang sudah menjadi superstar kesayangan ramai. Namun, hari ini SC bukan ingin berkongsi lagu yang dinyanyikan Tegar tetapi lagu Aku Yang Dulu Versi Kelantan yang dinyanyikan oleh adik Haikal di dalam versi Kelantan.

Lagu ini amat sesuai didengar terutamnya oleh peminat fanatik lagu-lagu dikir barat yang berasal daripada Kelantan. Untuk pengetahuan anda semua lagu ini sudah mendapat sambutan hangat dan telah diputar di kebanyakkan stesen radio terutamanya Radio Malaysia Kelantan FM.

AKU YANG DULU VERSI KELANTAN
Haikal Lonih Tok Serupo Dulu



SC: Wow berbakat betul penyanyi cilik ini mungkin beliau patut buat lagu sendiri mana tahu bolah lawan dengan Tegar

Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 Kena Sabotaj?

ISU hiburan yang paling hangat diperkatakan kini ialah isu mengenai sebuah syarikat filem yakni Skop Productions telah disabotaj oleh orang tidak bertanggungjawab apabila filem terbaru keluaran mereka yang dijangka akan mendapat kutipan pecah panggung dan belum lagi ditayangkan di pawagam berhampiran iaitu filem KL Gangster 2 telah dimuat naik ke internet oleh mungkin mereka yang dengki dengan kejayaan filem ini sebelum ini. 

Biasa kita dengar filem cetak rompak ni keluar selepas ditayangkan di pawagam tetapi kali ini lain pula jadinya apabila versi cetak rompak keluar terlebih dahulu sedangkan filem ini masih belum ditayangkan di pawagam berhampiran. SC tak tahulah siapa yang bertanggungjawap memuatnaik filem ini ke internet. SC tidak menyokong langsung perbuatan tidak bermoral ini kerana ia akan menjejaskan 'periuk nasi' penerbit filem tanah air kita. 

Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini SC berkungjung ke rumah kawan SC, 'terkejut beruk' SC apabila kedatangan SC ke rumah itu disambut dengan tayangan filem KL Gangster 2 Versi cetak rompak. Entah siapalah yang telah sabotaj Skop Productions ni, SC percaya umum dah mengetahui bahawa filem ini menelan belanja yang tinggi tapi akhirnya disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Sebagai langkah sokongan kepada penerbit filem tempatan, SC berharap mereka-mereka yang sudah menonton filem ini versi cetak rompak, kita tetap perlu pergi menonton filem ini di pawagam berhampiran sebagai langkah untuk menyelamatkan industri perfileman negara kita. Tambahan pula versi yang ditayangkan di pawagam adalah versi siap sepenuhnya sudah tentunya menjanjikan pengalaman yang lagi menarik. 

SC berharap pihak Skop Productions tidak kecewa dengan isu ini, jadikanlah isu ini sebagai 'pembakar semangat' untuk kita terus memajukan industri perfileman tempatan. Malah jadikan isu ini sebagai pengajaran dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan agar peristiwa ini tidak akan berulang lagi. 

Thursday, August 22, 2013

Tragedi 2.22 Bas Terjunam Ke Dalam Gaung Di Genting

PADA pukul 2.22 petang kelmarin yakni (20 Ogos 2013) berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas di Genting Highland. Bas tersebut dilaporkan telah terjunam ke dalam gaung setinggi 50-60 meter. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua beberapa maklumat yang SC ketahui mengenai insiden tersebut dan juga gambar-gambar di lokasi kejadian. 

Menurut blog Suffer8zine beliau mengariskan beberapa fakta mengenai insiden tersebut. Antara fakta-fakta sebenar mengenai kemalangan tersebut adalah sepertimana di bawah ini:


  1. Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas ini.
  2. Bas tersebut dinaiki 53 orang dan bukan 49 orang.
  3. Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
  4. Bas tersebut terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands lebih kurang pukul 2.45 petang (21/08).
  5. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (8 orang), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (5 orang), Hospital Sungai Buloh (2 orang) dan Hospital Bentong (1 orang).
  6. Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam (21/08).
  7. 37 yang terkorban ialah 25 lelaki dan 12 perempuan.
  8. Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
  9. Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.
  10. Punca sebenar kemalangan masih belum didedahkan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung.
  11. Laporan media juga menyebut tiket yang terjual hanya 48 keping namun penumpang yang menaiki bas tersebut lebih lebih dari itu.
Gambar-Gambar di Lokasi Kejadian adalah sepertimana di bawah ini:












Monday, August 19, 2013

Filem KL Zombie

FILEM baru yang akan ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013 nanti ialah filem KL Zombie. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan filem ini yang dijangka akan mendapat sambutan hangat penonton.

Menurut laman blog budiey, filem ini sememangnya wajar menjadi senarai wajib tonton anda sekiranya anda inginkan sesuatu yang lain di dalam industri perfileman kita. Menurutnya lagi filem ini berdasarkan skrip yang mencuit hati dan dijangka bakal mengelikan hati dan menghiburkan hati penonton.

Menurut buzzera pula, filem ini memang patut menjadi filem wajib tonton terutamanya kepada pengemar-pengemar filem-filem tempatan, Filem ini diadatapsi daripada novel Fixi yang berjudul Zombijaya dan diarahkan oleh Woo Ming Jin.

Saturday, August 17, 2013

Uniknya Loghat Kelantan

UNIKNYA loghat Kelantan menjadi tajuk artikel SC pada kali ini. Kepada sesiapa yang pernah ke Kelantan satu masa dulu pastinya mahu datang di masa-masa yang akan datang melawati negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Mungkin juga kerana uniknya negeri serambi Mekah ini.

Namun dalam banyak-banyak perkara ada satu perkara unik yang SC nak katakan di sini, namun yang paling menarik ialah keunikkan loghat Kelantan itu sendiri. Tahukah anda kebanyakkan perkataan yang ada dalam loghat Kelantan adalah berasal daripada Bahasa Inggeris.

Percaya atau tidak sememangnya kebanyakkan perkatan di dalam loghat Kelantan berasal daripada Bahasa Inggeris. Bagi mereka-mereka yang tidak percaya SC akan cuba jelaskan sehingga mereka percaya bahawa kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelanatan berasal daripada Bahasa Inggeris.

Tuesday, August 13, 2013

Honda EX5 Dream 110 Baru !!!

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua sebuah motosikal baru keluaran Boon Siew Honda. Mungkin SC boleh katakan model baru motosikal ini adalah versi naik taraf  Honda EX5 Dream sebelum ini ekoran keupayaan CCnya dipertingkatkan dari 100cc menjadi 110cc. Pendek kata Honda EX5 Dream 110 baru ini merupakan kesinambungan daripada Honda EX5 Dream 100 sebelum ini. 

Pada hemat SC, rupa bentuk Honda EX5 Dream 110 ini amat melucukan dan langsung tidak menarik. Namun, mungkin kepada mereka yang meminati rekabentuk klasik sememangnya motosikal ini merupakan pilihan terbaik buat mereka.

Kalau kita bercakap mengenai motosikal sudah tentu tidak kena kalau kita tidak memperincikan spesifikasi motosikal tersebut. Spesifikasi motosikal tersebut adalah sepertimana di bawah ini:

ENJIN

Jenis Enjin: Penyejuk Udara, OHC, Enjin 4 Kitaran.
Gerek & Lejang: 50.0 x 55.6 mm
Nisbah Mampatan: 9.0:1
Muatan Minyak Pelincir: 1.0 Liter (selepas ditanggalkan) 0.8 liter (selepas pembuangan)

TRANSMISI KUASA

Klac: Automatik Empat Plat Jenis Basah
Transmisi: Jejaring Tetap Empat Kelajuan
Gear 1: 2.615 (34/13)
Gear 2: 1.555 (28/18)
Gear 3: 1.136 (25/22)
Gear 4: 0.916 (22/24)
Nisbah Penurunan Utama: 4.059 (34/13)
Nisbah Penurunan Akhir: 2.642 (37/14)

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan: DC-CDI
Bateri: 12V /2.3 atau 2.5 A-h. (penghidup tendang)
           12V / 3.0 A-h (penghidup elektrik)

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum: 5.64kw (7.67PS) / 7500 rpm
Tork Maksimum: 8.32N.m(0.85kgf.m) / 3500 rpm.

DIMENSI

Panjang X Lebar X Tinggi: 1915mm x 696mm x 1052mm
Jarak Roda: 1212mm

Berat Bersih:
Penghidup Tendang: 93KG
Penghidup Elektrik: 94KG

CASIS

Bentuk Kerangka: Tulang Belakang
Suspensi Depan: Teleskopik 81 mm
Suspensi Belakang: Kembar 68 mm
Muatan Tangki Petrol: 4.0 liter
Ukuran Tayar Depan: 70/90 -17M/C 38P
Ukuran Tayar Belakang: 80/90-17M/C 50P
Tekanan Tayar Seorang: Depan 200kpa Belakang 225kpa
Tekanan Tayar Dua Orang: Depan 200kpa, Belakang 280kpa.
Sudut Caster: 26 darjah 30'
Jejak Trail: 73mm




Monday, August 12, 2013

RogueKiller

RogueKiller adalah alat keselamatan yang boleh digunakan untuk menamatkan dan membuang proses berniat jahat dan program dari komputer anda. RogueKiller mempunyai keupayaan untuk membuang jangkitan seperti ZeroAccess, TDSS, penyangak program anti-spyware, dan Ransomwares.

Apabila anda menjalankan RogueKiller, anda boleh melakukan imbasan komputer anda untuk program-program yang berniat jahat dan penyertaan. Setelah imbasan selesai ia akan memaparkan senarai isu-isu yang terdapat dan membolehkan anda untuk menetapkan mereka. RogueKiller juga mengandungi pembaikan individu yang termasuk membaik pulih jalan pintas hilang disebabkan oleh Program Cakera Keras Palsu, memperbaiki Fail HOST dan memperbaiki Pengodam Proxy Server. 

RogueKiller mempunyai ciri-ciri berikut:

Sunday, August 11, 2013

Polis di Seantero Dunia

Smiley face
POLIS merupakan satu pasukan beruniform yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara. Polis bertangungjawap sepenuhnya dalam undang-undang sivil yang berkaitan dengan jenayah, malah mereka merupakan penguatkuasa undang-undang di sesebuah negara. Hari ini SC ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan polis-polis yang ada di seantero dunia mungkin juga korang boleh jadikanya rujukan yang berguna terutamanya pada mereka yang berminat dengan kerja-kerja kepolisan ini.

POLIS MALAYSIA


Sebelum kita ke luar negara adalah lebih elok kita mulakan dengan Polis di negara kita terlebih dahulu barulah kita menjengah ke luar negara. Polis negara kita dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia atau ringkasnya PDRM di mana mereka bertanggungjawab di dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang jenayah negara.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Friday, August 9, 2013

Pengorbanan Perwira

HARI telah masuk hari kedua umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri 1434H. Aidilfitri merupakan hari kita meraikan kemenangan kita berjuang menunaikan ibadah puasa dan melipatkan gandakan ibadat di dalam bulan Ramadhan Al-mubarak. SC percaya semua sedang bergembira dengan sanak-saudara meraikan hari lebaran ini. Dalam kegembiraan kita ini pernahkah kita memikirkan apakah perasaan mereka-mereka yang tidak dapat beraya dengan sanak saudara demi tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air kita?

SC tidak tahulah apakah perasaan anda tentang mereka, tetapi bagi SC pengorbanan perwira kita harus hargainya cuba bayangkan sanggupkah kita berjauhan dengan keluarga dan sanak-saudara ketika kita sedang bergembira mereka pula terpaksa melupakan kegembiraan berjuang bermati-matian demi negara yang tercinta, tidak terfikirkah kita tanpa mereka belum tentu kita dapat merayakan Aidilfitri ini dengan suasana aman dan damai sepertimana yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka bukan kecil bukan setakat mengorbankan kegembiraan malah mereka sanggup menggadaikan nyawa demi negara yang tercinta. 

Pada malam raya baru-baru ini, SC sempat menonton rancangan sampaikan raya yang disiarkan oleh TV3, di dalam rancangan tersebut tersiar sebuah video mengenai anggota tentera negara kita yang terpaksa bertugas di Lahad Datu, Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Cuba bayangkan adakah anda sanggup mengganti tempat mereka bagi membolehkan mereka beraya bersama sanak-saudara sudah tentu tidak sanggup bukan. 

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan

TELAH begitu lama SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC berkesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi SC tidak mensia-siakan peluang keemasan ini untuk mengemaskini blog ini. 

Kebetulan hari ini sudah masuk hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Di kesempatan ini SC ingin m
engucapkan selamat menyambut dan menunaikan ibadah Puasa di bulan yang pernuh keberkatan dan kemuliaan ini.



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan di bulan inilah kita sebagai umat Islam seharusnya melipatkan usaha-usaha untuk mencari pahala dan keberkatan. Di kesempatan ini juga SC ingin memohon maaf sekiranya sepanjang SC bergelar blogger ini dengan secara sengaja atau tidak sengaja telah membuat anda semua kecil hati ataupun apa-apa kesalahan yang SC buat dan mohon ia dimaafkan sempena bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari keempat berpuasa ini Alhamdullilah SC dapat laluinya dengan penuh kesabaran adalah diharapkan agar anda semua sama seperti SC juga. SC berharap hari-hari yang mendatang dapat dilalui oleh SC dengan penuh kesabaran dan terus dikurniakan pahala oleh Allah s.w.t.

Di kesempatan ini juga SC ingin menasihati kepada anak-anak muda remaja dan kanak-kanak di luar sana agar menghindari daripada bermain mercun kerana mercun itu membahayakan kesihatan. Alhamdulillah setakat ini kita belum mendengar berita mengenai insiden yang membabitkan mercun SC berharap ia akan kekal sampai bila-bila. 

Di bulan yang penuh keberkatan ini SC juga berharap agar anda semua tidak melakukan pembaziran dan jangalah terlalu mengikut hawa nafsu terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ingatlah membazir itu amalan syaitan beli sahaja yang perlu dan janganlah menurut nafsu, jangan tertewas dengan nafsu.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini anda semua akan berbahagia dan terus bergembira selain terus berlumba-lumba untuk mengandakan pahala di bulan yang mulia ini. Tak berapa lama lagi hari lebaran pun bakal menjelma oleh itu jagalah keselamatan anda semua.

Saturday, April 20, 2013

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...

SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 

SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular

Video Selepas Popular
SC: Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

Saturday, April 6, 2013

Diselamatkan Malaikat ???

Diselamatkan malaikat ??? Persoalan itu terus menjadi persoalan hingga kini.di dalam lubuk hati SC. Persoalan ini timbul setelah SC menonton video yang sungguh ajaib. Video tersebut dikatakan rakaman CCTV yang menunjukkan aksi malaikat menyelamatkan manusia daripada kemalangan maut.

Persoalan yang sering wujud dalam benak fikiran SC adalah adakah benar malaikat yang menyelamatkan manusia dalam video ini atau adakah makhluk lain yang menyelamatkan manusia tersebut. Setakat ini, ia masih samar-samar.

Sekiranya benar makhluk yang menyelamatkan manusia daripada kemalangan tersebut adalah Malaikat, Untuk apa ia menyelamatkan manusia tersebut? Adakah ia bertujuan memberi hidayah kepada manusia tersebut ataupun apa? Sekiranya ia bertujuan memberi hidayah kepada manusia tersebut, adakah manusia yang diselamatkan tersebut memeluk Islam?

Namun, persoalan-persoalan tersebut masih belum ada jawapanya hingga sekarang. Sama-samalah kita kajinya dan berhujah dengan hujah-hujah yang penuh ilmiah, jangan pula kita berhujah dengan emosional kerana emosional melambangkan kita seorang yang tidak profesional.
VIDEO DISELAMATKAN MALAIKAT


Sembang Cerita: Kita tidak mampu berfikir apa yang berada di luar kemampuan kita.

Saturday, January 26, 2013

Filem Minyak Dagu

LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk, sudah banyak kali SC cuba untuk mengemaskini blog tetapi kerana mempunyai ruang masa yang agak terhad. Namun pada kali ini SC mempunyai kesempatan yang cukup untuk mengemaskini blog ini. Jadi SC merasakan inilah masa yang sesuai untuk mengemaskini blog ini.

Topik bersembang kita pada kali ini adalah mengenai hiburan iaiatu mengenai Filem Minyak Dagu yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dengan rumah anda sekarang ini. Filem Minyak Dagu merupakan sebuah filem bergenre seram yang semakin hari mendapat tempat di kalangan produser tempatan.

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang.

Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah... 

Trailer Filem Minyak Dagu

SC: Jalan Cerita yang menarik namun kesan grafik berkomputer telah menjejaskan keseraman filem ini