Followers

Sunday, August 11, 2013

Polis di Seantero Dunia

Smiley face
POLIS merupakan satu pasukan beruniform yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara. Polis bertangungjawap sepenuhnya dalam undang-undang sivil yang berkaitan dengan jenayah, malah mereka merupakan penguatkuasa undang-undang di sesebuah negara. Hari ini SC ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan polis-polis yang ada di seantero dunia mungkin juga korang boleh jadikanya rujukan yang berguna terutamanya pada mereka yang berminat dengan kerja-kerja kepolisan ini.

POLIS MALAYSIA


Sebelum kita ke luar negara adalah lebih elok kita mulakan dengan Polis di negara kita terlebih dahulu barulah kita menjengah ke luar negara. Polis negara kita dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia atau ringkasnya PDRM di mana mereka bertanggungjawab di dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang jenayah negara.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Friday, August 9, 2013

Pengorbanan Perwira

HARI telah masuk hari kedua umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri 1434H. Aidilfitri merupakan hari kita meraikan kemenangan kita berjuang menunaikan ibadah puasa dan melipatkan gandakan ibadat di dalam bulan Ramadhan Al-mubarak. SC percaya semua sedang bergembira dengan sanak-saudara meraikan hari lebaran ini. Dalam kegembiraan kita ini pernahkah kita memikirkan apakah perasaan mereka-mereka yang tidak dapat beraya dengan sanak saudara demi tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air kita?

SC tidak tahulah apakah perasaan anda tentang mereka, tetapi bagi SC pengorbanan perwira kita harus hargainya cuba bayangkan sanggupkah kita berjauhan dengan keluarga dan sanak-saudara ketika kita sedang bergembira mereka pula terpaksa melupakan kegembiraan berjuang bermati-matian demi negara yang tercinta, tidak terfikirkah kita tanpa mereka belum tentu kita dapat merayakan Aidilfitri ini dengan suasana aman dan damai sepertimana yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka bukan kecil bukan setakat mengorbankan kegembiraan malah mereka sanggup menggadaikan nyawa demi negara yang tercinta. 

Pada malam raya baru-baru ini, SC sempat menonton rancangan sampaikan raya yang disiarkan oleh TV3, di dalam rancangan tersebut tersiar sebuah video mengenai anggota tentera negara kita yang terpaksa bertugas di Lahad Datu, Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Cuba bayangkan adakah anda sanggup mengganti tempat mereka bagi membolehkan mereka beraya bersama sanak-saudara sudah tentu tidak sanggup bukan. 

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan

TELAH begitu lama SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC berkesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi SC tidak mensia-siakan peluang keemasan ini untuk mengemaskini blog ini. 

Kebetulan hari ini sudah masuk hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Di kesempatan ini SC ingin m
engucapkan selamat menyambut dan menunaikan ibadah Puasa di bulan yang pernuh keberkatan dan kemuliaan ini.



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan di bulan inilah kita sebagai umat Islam seharusnya melipatkan usaha-usaha untuk mencari pahala dan keberkatan. Di kesempatan ini juga SC ingin memohon maaf sekiranya sepanjang SC bergelar blogger ini dengan secara sengaja atau tidak sengaja telah membuat anda semua kecil hati ataupun apa-apa kesalahan yang SC buat dan mohon ia dimaafkan sempena bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari keempat berpuasa ini Alhamdullilah SC dapat laluinya dengan penuh kesabaran adalah diharapkan agar anda semua sama seperti SC juga. SC berharap hari-hari yang mendatang dapat dilalui oleh SC dengan penuh kesabaran dan terus dikurniakan pahala oleh Allah s.w.t.

Di kesempatan ini juga SC ingin menasihati kepada anak-anak muda remaja dan kanak-kanak di luar sana agar menghindari daripada bermain mercun kerana mercun itu membahayakan kesihatan. Alhamdulillah setakat ini kita belum mendengar berita mengenai insiden yang membabitkan mercun SC berharap ia akan kekal sampai bila-bila. 

Di bulan yang penuh keberkatan ini SC juga berharap agar anda semua tidak melakukan pembaziran dan jangalah terlalu mengikut hawa nafsu terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ingatlah membazir itu amalan syaitan beli sahaja yang perlu dan janganlah menurut nafsu, jangan tertewas dengan nafsu.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini anda semua akan berbahagia dan terus bergembira selain terus berlumba-lumba untuk mengandakan pahala di bulan yang mulia ini. Tak berapa lama lagi hari lebaran pun bakal menjelma oleh itu jagalah keselamatan anda semua.

Saturday, April 20, 2013

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...

SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 

SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular

Video Selepas Popular
SC: Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

Saturday, April 6, 2013

Diselamatkan Malaikat ???

Diselamatkan malaikat ??? Persoalan itu terus menjadi persoalan hingga kini.di dalam lubuk hati SC. Persoalan ini timbul setelah SC menonton video yang sungguh ajaib. Video tersebut dikatakan rakaman CCTV yang menunjukkan aksi malaikat menyelamatkan manusia daripada kemalangan maut.

Persoalan yang sering wujud dalam benak fikiran SC adalah adakah benar malaikat yang menyelamatkan manusia dalam video ini atau adakah makhluk lain yang menyelamatkan manusia tersebut. Setakat ini, ia masih samar-samar.

Sekiranya benar makhluk yang menyelamatkan manusia daripada kemalangan tersebut adalah Malaikat, Untuk apa ia menyelamatkan manusia tersebut? Adakah ia bertujuan memberi hidayah kepada manusia tersebut ataupun apa? Sekiranya ia bertujuan memberi hidayah kepada manusia tersebut, adakah manusia yang diselamatkan tersebut memeluk Islam?

Namun, persoalan-persoalan tersebut masih belum ada jawapanya hingga sekarang. Sama-samalah kita kajinya dan berhujah dengan hujah-hujah yang penuh ilmiah, jangan pula kita berhujah dengan emosional kerana emosional melambangkan kita seorang yang tidak profesional.
VIDEO DISELAMATKAN MALAIKAT


Sembang Cerita: Kita tidak mampu berfikir apa yang berada di luar kemampuan kita.

Saturday, January 26, 2013

Filem Minyak Dagu

LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk, sudah banyak kali SC cuba untuk mengemaskini blog tetapi kerana mempunyai ruang masa yang agak terhad. Namun pada kali ini SC mempunyai kesempatan yang cukup untuk mengemaskini blog ini. Jadi SC merasakan inilah masa yang sesuai untuk mengemaskini blog ini.

Topik bersembang kita pada kali ini adalah mengenai hiburan iaiatu mengenai Filem Minyak Dagu yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dengan rumah anda sekarang ini. Filem Minyak Dagu merupakan sebuah filem bergenre seram yang semakin hari mendapat tempat di kalangan produser tempatan.

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang.

Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah... 

Trailer Filem Minyak Dagu

SC: Jalan Cerita yang menarik namun kesan grafik berkomputer telah menjejaskan keseraman filem ini

Saturday, December 29, 2012

Banjir 2012 Pantai Timur

BARU-BARU ini satu bencana alam yang menimpa menjadi kelaziman setiap bulan Disember tiap-tiap tahun di negeri-negeri Pantai Timur. SC semua dah tahu apa negeri-negeri yang terletak di bawah Pantai Timur, tetapi untuk lebih berkesan adalah lebih elok SC nyatakan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur ialah Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Banjir di penghujung Disember 2012 mungkin akan meninggalkan kesan mendalam terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir,sebenarnya banjir ini adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. terhadap kita oleh yang demikian kita perlulah lalui laluan sukar ini dengan penuh sabar.

Oleh kerana isu banjir masih hangat diperkatakan kali ini SC akan cuba berkongsi maklumat mengenai banjir yang telahpun melanda di kesemua negeri di Pantai Timur. Mungkin kejadia banjir yang menimpa kawan-kawan kita boleh dijadikan iktibar untuk kita.


Smiley face
Smiley face

Marilah bersama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tempat kita tidak dilanda banjir. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa banjir sentiasa tabah mengharungi dugaan yang menimpa mereka. Ingat hari ini mungkin hari mereka diuji mana tahu akan datang kita pula akan diuji. 

SC: Bersama-samalah kita membantu mangsa banjir....